Thursday, March 3, 2011

boleh ke mencukur bulu kening/eyebrow ?

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh
aq boring lepas balek keje neh, then online lah kejap. pastuh boring lagi, aq  try search lah web neh. na tahu kepastian boleh ke tidak. sebab dah ramai sangat orang buat bende neh. kalau boleh, aq pun na try jugak best ke ta buat bnde neh. unfortunately, this answers yang saya dapat...

Soalan :

apakah hukumnya seorang isteri yang mencukur keningnya walaupun dengan niat hanya untuk berhias kepada suami,jikalau tidak keberatan sila berikan dengan dalil


.

Jawapan :

hukum mencukur bulu kening walaupun dengan niat untuk berhias kepada suami adalah haram kerana ia termasuk dalam perbuatan mengubah ciptaan Allah s.w.t.

Ini selaras dengan Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:

" ...... dan Allah melaknat perempuan-perempuan yang mengubah ciptaan Allah untuk tujuan kecantikan " (Riwayat Bukhari dan 


Quote:
bolehke sy cukur kening sy krn suami yg suruh?
bukan cukur semua tapi nak menipiskan dan mecantikkanya lagi.
sy cukur krn perintah suami.bole ke ustaz?

Mencukur bulu kening, menipiskannya, dengan tujuan mencantikkannya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar.

Sabda Rasulullah SAW, "Allah melaknat wanita yang membuat tatu, meminta dibuat tatu, mencukur/menipiskan kening, mengasah gigi kerana untuk mencantikkannya, yang mengubah kejadian Allah".
HR: Bukhari (no: 4604) dan Muslim (no: 2125).

Dikecualikan dalam keadaan darurat, seperti: kening terlalu tebal sehingga menghalang penglihatan. Kerana kaedah masyhur: 'Mudharat hendaklah dihilangkan'. Adapun, sekadar kening tebal ia bukan darurat kerana ia bukanlah suatu yang ganjil dalam kejadian manusia. 


---> dari pengetahuan di atas neh, mula lah aq nekad tanak cukur bulu kening, even ta pernah buat lagi. oke alhamdulillah lah aq ta terjebak lagi dengan semua neh. neh semua untuk kebaikan kita jugak kan. and last one, mencukur bulu kening atau alis mata adalah haram dan berdosa besar. wajib bertaubat. itu perintah tuhan. oke. tuh jea aq na share kat sini. entah bila masa pulak aq rajenn cari web islamic neh. selalunya baca kat newspaper jea. whatever lah semua tuh. so, be careful for what we've done :) thanks view 



No comments: