mula-2 dengan perasaan gembira, aq bukak lah web upu. mane tahu ada rezeki dapat. bila aq masukkan nombor rahsia aq, keluar lah keputusannya. perasaan yang ta terkawal. aduhh, menanges sampai keluar air mata darah *dah macam cerita pontianak busuk sundal siang tuh. sangat sadis !

tade lah air mata darah pun
dengan hati yang luluh, aq blaa dari page tuh. namun, aq berpaling lagi dan lagi. masukkan nombor rahsia ku berulang kali, untuk mendapat keputusan yang lebih sedap di baca dan di dengar oleh saudara maraku. akhirnya, keputusan tetap muktamad. sungguh tiada belasan kasihan upu terhadap aq. *mane ta nya, aq pun ta kasih kat upu tuh. okay, nonsense. lepastuh aq fikir hidupku kucar kacir. seperti benang yang bersimpul tersimpul talinya apabila di gulung-2 kan dengan jari. serabut tergila-gilaan

kepala hotakku seperti wayar yang berpinar-2. saat itu aq tahu, superman, spiderman, tidak akan menolong ku kerana masing-2 sudah ada awek yang chantek-2. batman apatah lagi, waktu malam sahaja dia hidup, sebab waktu siang-2 dia buta *salah satu jenis lelaki yang tidak digalakkan dibuat suami sebab malas bekerja ! action kame pulak, ta habes-2 dengan kuasa action bee bee bee dia tuh. dah la semua pakai mask. mysterious betul. saat ini, hanya seekor sahaja yang boleh menemani ku tanpa sepatah bicara iaitu catman aq. sentiasa di sisiku. dan sedang enak dilamun mimpi yang entah hape-2 tuh. berguling-2 tidurnya tidak ubah seperti filem hindustan yang dilakonkan oleh hittik jozan dan kerana kapur.
tetibe aq rasa macam na lari pergi masuk hutan. bukan pergi berburu. tetapi, pergi untuk baring dan lihat matahari terbenam

terbaring macam orang helpless.tetapi, disebabkan aq geli dengan kekotoran di tanah itu, aq baring dengan beralaskan tangan aq yang berwarna seperti tanah juga. atleast, kulit aq lebih licin dari tanah. ouh tidak ku sangka. hari masih tengahari. baru aq perasan yang aq keluar rumah terlalu awal untuk melihat matahari terbenam. tidak mengapalah. biarlah aq sendirian. itu lebih baek daripada melihat catman aq tidur berguling-2. buat aq jeles - _- okay, lepastuh belum sempat matahari terbenam, aq dah balek rumah sebab banyak nyamuk kat hutan tuh. dan aq sambung tidur di rumah. dan ketika aq tidur itu, catman aq pulak tengok aq tidur berguling-2. dia pulak yang jeles. padan muka kaw.
>>okay, entry neh memang dah tersangat merapu. actually, aq ta dapat rayuan upu. itu jea. yang laen-2 itu hanya hiperbola semata-mata :)
peace be upon you,





